Dua kontena bawa minyak masak hangus - Utusan Malaysia

Dua kontena bawa minyak masak hangus

Minyak masak
PASUKAN bomba giat memadam kebakaran dua buah kontena yang membawa minyak masak dekat Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang di Klang, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Dua kontena membawa minyak masak hangus dalam kejadian kebakaran dekat Jalan Sultan Mohamad 1, Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, bomba menerima panggilan pukul 9.59 malam sebelum pasukan keselamatan bergegas ke tempat kejadian.

“Api berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 2.15 pagi oleh sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dan laporan awal mendapati dua buah kontena berukuran 20 X 10 kaki persegi terbakar 90 peratus.

“Bagaimanapun tiada mangsa terlibat dilaporkan. Kerja pengalihan kontena dari kawasan menghalang laluan jalan ke depoh akan dibuat oleh pemilik kontena,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya