Dr. Noor Hisham dilantik Canselor baharu Universiti Cyberjaya - Utusan Malaysia

Dr. Noor Hisham dilantik Canselor baharu Universiti Cyberjaya

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Cyberjaya (UoC) hari ini melantik Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah sebagai Canselor yang ketiga sejak penubuhan universiti pada 2005, berkuat kuasa 1 Oktober lalu.

Beliau akan menggantikan Profesor Emeritus Tan Sri Anwar Ali yang telah berkhidmat dengan universiti sejak 2019, memandangkan reputasi cemerlangnya dalam bidang kesihatan dan perubatan serta pengurusan kesihatan yang akan mencerminkan legasi universiti dalam perubatan yang menjadi program pertama ditawarkan 18 tahun lalu.

Bekas Ketua Pengarah Kesihatan itu kini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pencegahan, Kesediaan dan Tindakan Kecemasan Kesihatan (SCHEPPR), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva.

“Saya berbangga dengan visi dan misi Universiti Cyberjaya. Lebih penting lagi, saya percaya universiti ini mempunyai potensi besar di Malaysia dan seterusnya, untuk berusaha menjadi pusat pendidikan penjagaan kesihatan terbaik di Pasifik Barat.

“Nilai teras Universiti Cyberjaya adalah untuk meningkatkan komuniti tempatan dan serantau dengan akses saksama kepada pendidikan perubatan berkualiti akan menjadi salah satu elemen utama dalam merealisasikan dan menyampaikan liputan kesihatan sejagat di peringkat tempatan dan global,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, beliau berbesar hati dilantik menjadi Canselor universiti dan berhasrat menggunakan peranannya sebagai Canselor untuk meningkatkan akses kesihatan di rantau ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya