Dewan Rakyat: Hampir 500 projek sakit swasta

Dewan Rakyat: Hampir 500 projek sakit swasta

AKMAL NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 90 projek perumahan swasta lewat disiapkan iaitu 9,376 unit rumah manakala 485 projek rumah swasta dalam kategori projek sakit iaitu 78,626 unit rumah dicatatkan sehingga 31 Ogos 2023.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasir berkata, perkara itu disahkan dalam mesyuarat Pasukan Petugas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai.

Katanya, statistik itu adalah dinamik kerana setiap bulan terdapat projek disahkan lewat dan projek sakit, namun, terdapat juga projek yang berjaya dipulihkan, malah, mengenal pasti nilai pembangunan kasar (GDV) bagi semua projek swasta semasa bermula Mei lalu.

“Alhamdulillah, terbukti kita berjaya menyelamatkan sebanyak 256 projek sakit swasta melibatkan kejayaan menyiapkan pemajuan sehingga mendapat sijil penyiapan dan pematuhan (CCC), mengubah status projek menjadi lancar, jumlah ini meliputi 28,363 unit dengan nilai RM23.37 bilion.

“Secara pecahannya, pemajuan projek yang menerima CCC adalah sebanyak 225 projek atau 19,945 unit dengan nilai RM18.9 bilion manakala 31 projek atau 8,418 unit projek sakit menjadi lancar mengikut tempoh penyiapan yang ditetapkan bernilai RM5.28 bilion,” katanya ketika waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berhubung bilangan projek sakit swasta yang berjaya diselamatkan sejak Januari 2023 beserta nilaian GDV. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN