Dewan Rakyat: 20 akaun pemaju dibekukan akibat ‘projek sakit’

Dewan Rakyat: 20 akaun pemaju dibekukan akibat ‘projek sakit’

AKMAL NASRULLAH MOHD. NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 20 akaun pemajuan perumahan (HDA) milik pemaju perumahan berlesen dibekukan kerana terlibat dengan projek dalam kategori sakit.

Seksyen 7A(1) Akta 118 memperuntukkan supaya pemaju perumahan berlesen membuka suatu akaun HDA.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasir berkata, tindakan pembekuan adalah berdasarkan kepada siasatan yang menunjukkan pemaju mengabaikan tanggungjawabnya dan boleh menjejaskan kepentingan pembeli.

“Pemaju juga boleh dikompaun sehingga maksimum RM50,000 sekiranya gagal melaksanakan kewajipan sebagaimana peruntukan dalam Akta 118 dan peraturan-peraturannya.

“Sebanyak 284 kompaun dikeluarkan bagi kesalahan di bawah seksyen 7 (e) pada 2022 dan 2023. Jabatan Perumahan Negara sentiasa memastikan pemaju perumahan berlesen patuh terhadap peruntukan yang ditetapkan berkaitan HDA,” katanya semasa waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, antara tindakan yang turut diambil adalah menjalankan audit naziran bagi memantau pengurusan HDA oleh pemaju perumahan berlesen adalah teratur dan sistematik seperti menyemak dokumen pinjaman bank dan tuntutan bayaran pemaju kepada pembeli supaya selaras dengan Jadual Pembayaran dalam Perjanjian Jual Beli (PJB).

“Kerajaan juga membuat pemantauan melalui semakan Laporan Kemajuan Kewangan yang dikemukakan oleh pemaju perumahan secara suku tahunan dan teguran tindakan pembetulan akan dikeluarkan kepada pemaju perumahan untuk penambahbaikan.

“Kita juga menyekat mana-mana permohonan pengeluaran wang daripada HDA sekiranya tidak mematuhi Akta 118, menjalankan sesi libat urus dari semasa ke semasa bersama Bank Negara, persatuan bank serta institusi kewangan yang lain untuk meneliti prosedur pengurusan HDA dan menambah baik Housing Integrated Management System (HIMS) bagi memastikan pengurusan pemantauan kendiri boleh dilaksanakan oleh pemaju perumahan berlesen,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN