Curi REE di Sik: SPRM jumpa maklumat baharu

Curi REE di Sik: SPRM jumpa maklumat baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemukan maklumat baharu berhubung siasatan kecurian unsur nadir bumi (REE) di Sik, Kedah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, berdasarkan siasatan setakat ini, terdapat dapatan baharu lanjutan daripada penemuan terdahulu yang memerlukan tindakan lanjut suruhanjaya itu.

Kata beliau, SPRM masih giat melakukan siasatan meliputi isu-isu rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah terhadap individu serta agensi- agensi penguatkuasaan yang terlibat.

“Khidmat pakar turut digunakan bagi mengenal pasti tempoh masa serta kuantiti unsur nadir bumi yang disyaki telah dicuri berdasarkan ujian-ujian makmal,” katanya di sini semalam.

Pada 25 September lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengesahkan SPRM sudah merekodkan kenyataannya mengenai siasatan mencuri unsur nadir REE di Sik.

Akhbar ini baru-baru ini melaporkan, SPRM mengambil keterangan Menteri Besar itu di pejabatnya pada 17 September lepas bagi membantu siasatan kes kecurian REE di Sik.

Azam berkata, siasatan kes itu berada di peringkat akhir namun perlu melihat kepada beberapa perkara dalam konteks undang-undang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×