Chester Voo dilantik Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Berjaya Air Sdn. Bhd. dan AsiaJet Sdn. Bhd

Chester Voo dilantik Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Berjaya Air Sdn. Bhd. dan AsiaJet Sdn. Bhd

CHESTER VOO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Berjaya Land Berhad (BLand) mengumumkan pelantikan semula Datuk Kapten Chester Voo sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Berjaya Air Sdn. Bhd. dan AsiaJet Sdn. Bhd. berkuat kuasa 1 Disember depan.

BLand dalam kenyataan memaklumkan, peralihan tugas Voo yang sebelum ini menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Penerbangan di BLand adalah sebagai strategi syarikat mengoptimumkan pengalaman dan kepakaran beliau dalam kapasiti baharu.

Katanya, beliau merupakan seorang profesional penerbangan berpengalaman selama 29 tahun selain pernah mengetuai Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dari Jun 2020 hingga Disember 2022.

“Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau berjaya mengetuai pengawal selia keselamatan penerbangan melalui cabaran krisis Covid-19 dan membantu CAAM mendapatkan semula penarafan Kategori 1 daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS.

“Menerusi jawatan baharu ini, Voo akan menyediakan panduan penting untuk meningkatkan tadbir urus dan struktur perniagaan penerbangan untuk kedua-dua entiti Berjaya Air dan AsiaJet dalam memastikan perjalanan selamat, patuh dan mampan,” katanya hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BLand, Syed Ali Shahul Hameed menyambut baik peranan baharu Voo dan menyifatkan beliau seorang tokoh dihormati dalam industri penerbangan.

Beliau turut terkenal dengan kepakarannya dalam operasi dan kawal selia keselamatan penerbangan dengan memiliki pengalaman dan kepimpinan berwawasan sekali gus mampu memacu Berjaya Air dan AsiaJet ke tahap lebih tinggi.

“Peralihannya kepada peranan baharu adalah satu komitmen terhadap kepimpinan transformatif dalam sektor penerbangan.

“Berjaya Air memperkukuh armadanya melalui pemerolehan dua pesawat baru-baru ini iaitu pesawat ATR 72 600 baharu dikonfigurasikan untuk menawarkan perkhidmatan Premium VIP.

“Penambahan aset ini demi meningkatkan pengalaman perjalanan dan perkhidmatan untuk keselamatan dan keselesaan penumpang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN