Bunyi bising operasi premis besi buruk ganggu penduduk

Bunyi bising operasi premis besi buruk ganggu penduduk

HASNAH Che Wil menunjukkan kesan retakan rumahnya yang dipercayai berpunca daripada premis besi buruk di Kampung Bunut Sarang Burung, Tumpat, Kelantan. – UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Sebanyak 20 keluarga di Kampung Bunut Sarang Burung di sini dihantui masalah gangguan bunyi bising dan pencemaran alam sekitar sejak tiga tahun lalu yang didakwa berpunca daripada sebuah premis mengumpul besi buruk terpakai di kampung tersebut.

Memburukkan lagi keadaan adalah apabila tiga buah rumah milik penduduk mengalami keretakan pada dinding sejak setahun lalu dipercayai berpunca daripada hentakan kuat semasa kerja-kerja memproses bahan itu dijalankan menggunakan mesin berkuasa tinggi.

Difahamkan, premis tersebut mempunyai lesen bagi urusan perniagaan tersebut. Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penduduk, Hasnah Che Wil, 77, mendakwa sejak kebelakangan ini, premis tersebut semakin aktif beroperasi setiap hari bermula pukul 10 hingga 5 petang.

“Lebih lima kali sehari kami perlu mendengar bunyi bising setiap kali kerja-kerja memampatkan besi-besi tersebut.

“Dipercayai pekerja di premis itu menggunakan alat khas sehingga menyebabkan keadaan ‘bergegar’ di belakang rumah kami yang terletak kira-kira 40 meter dari belakang premis tersebut,” katanya ketika ditemui semalam. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×