Bukan tindakan yang baik, tidak patut dicontohi - Mawar Rashid akui cuba sedaya upaya istiqamah - Utusan Malaysia

Bukan tindakan yang baik, tidak patut dicontohi – Mawar Rashid akui cuba sedaya upaya istiqamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Minta maaf kepada semua orang yang saya sudah kecewakan. Saya dah buat dan cuba sedaya upaya untuk istiqomah selama ini. Tapi saya gagal.”

Demikian luahan pelakon, Mawar Rashid berhubung tindakannya yang memuat naik gambar tidak bertudung sehingga menimbulkan tanda tanya adakah dia tidak lagi berhijab.

Mawar berkata, dia sedar tindakannya itu bukan sesuatu yang baik apatah lagi untuk dijadikan contoh oleh segelintir warganet yang selama ini memuji perubahannya.

“Tiada apa yang boleh saya katakan. Tindakan saya ini bukanlah tindakan yang baik. Tidak patut dicontohi.

“Sungguh pun semua ini sudah berlaku. Saya masih berusaha untuk memperbaiki hubungan saya dengan Allah SWT. Biarlah usaha saya ini antara saya dan Allah SWT sahaja,” ujarnya.

Ibu kepada tiga orang anak itu dalam perkongsian sama turut memohon agar peminat mendoakan supaya dia terus istiqamah memperbaiki dirinya yang disifatkan penuh kekurangan.

“Terima kasih kepada yang masih support saya, bagi kata-kata positif dan doakan yang baik-baik untuk saya. Terima kasih,”katanya.

Isteri kepada Raf Yaakob itu mula mengenakan hijab sejak 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN