Belanjawan 2024: Subsidi telur dan ayam dikekalkan 

Belanjawan 2024: Subsidi telur dan ayam dikekalkan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan mengekalkan subsidi bagi telur dan ayam bagi bertujuan untuk mengawal harga barangan keperluan tersebut daripada meningkat mendadak dan menangani kekurangan bekalan.

Bercakap dalam pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejak Februari 2022, kerajaan menanggung RM3.8 bilion ringgit untuk subsidi telur dan ayam.

“Alhamdulillah, trend semasa menunjukkan bekalan ayam dan telur telah mula stabil dan harga pasaran semasa kini berada di bawah harga siling kawalan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, dengan kaedah tersebut, kawalan harga sementara yang ditetapkan akan dilepaskan.

Jelasnya, pelaksanaan tersebut membolehkan pasaran tempatan dapat berfungsi semula dengan bebas dalam memastikan keterjaminan bekalan ayam dan telur di pasaran.

Justeru itu, kata beliau, pengumuman berkaitan langkah-langkah konkrit lanjutan bagi subsidi berkenaan akan dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam masa dua minggu akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN