Belanjawan 2024: RM44b untuk PMKS tepat pada masa

Belanjawan 2024: RM44b untuk PMKS tepat pada masa

belanjawan 2024
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Liga Muslim Malaysia dan Gabungan Liga Muslim Pulau Pinang menyifatkan peruntukan RM44 bilion untuk usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerusi Belanjawan 2024 semalam sebagai tepat pada masanya.

Ini kerana, menurut Presidennya, Datuk Najmudeen Kader, usahawan muslim bumiputera memerlukan bantuan dana supaya pembangunan ekonomi seimbang dapat dicapai dalam aliran ekonomi bersama masyarakat lain.

Sehubungan itu, tambah beliau, pihaknya juga mengharapkan penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam jawatankuasa pemantauan ekonomi PMKS yang menjadi tulang belakang kepada ekonomi negara.

Najmudeen Kader

”Kerajaan Pusat bukan sahaja bergantung kepada ‘mid-term review’ tetapi juga perlu menyediakan mekanisma kawalan serta pemantauan supaya pembangunan ekonomi kekal mengikut trajektori perancangan Belanjawan dan tidak berlaku sebarang ketirisan.

”Mekanisma kawalan dan pemantauan bajet kepada PMKS memerlukan ia disertai bukan sahaja pemimpin politik dan pegawai kerajaan, tetapi juga wakil NGO dan usahawan daripada industri berkaitan supaya objektif yang disasarkan dicapai,” katanya di sini hari ini.

Kerajaan menyediakan peruntukan RM44 bilion dalam Belanjawan 2024 iaitu nilai keseluruhan pinjaman dan jaminan pembiayaan yang tersedia untuk manfaat usahawan PMKS.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usahawan dan peniaga kecil disediakan kemudahan pinjaman kecil dengan dana keseluruhan RM2.4 bilion di bawah agensi seperti Bank Negara Malaysia (BNM); Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Tabung Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun Nasional).

Dalam pada itu, kata Najmudeen, pihaknya juga mengalu-alukan peruntukan RM100 juta kepada NGO yang memberikan fokus bantuan kepada rakyat.

”Ia adalah satu pengiktirafan kepada NGO seperti Liga Muslim yang telah memberi khidmat masyarakat selama 70 tahun kepada rakyat,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya turut menyambut baik peruntukan RM200 juta untuk program Payung Rahmah dan RM10 bilion untuk bantuan Tunai Rahmah kerana ia membantu rakyat dalam ekonomi yang mencabar di Malaysia dan dunia ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya