Belanjawan 2024: Kerajaan setuju kuat kuasa e-invois secara mandatori

Belanjawan 2024: Kerajaan setuju kuat kuasa e-invois secara mandatori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju menguatkuasakan e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayar cukai mengikut kategori pendapatan selainnya akan dibuat secara berfasa dengan sasaran pelaksanaan menyeluruh mulai 1 Julai 2025.

Katanya, Nombor Pengenalan Cukai (TIN) akan diperluas penggunaannya untuk menyokong pelaksanaan e-invois, yang dapat melebarkan lagi jaringan pembayar cukai susulan pematuhan cukai secara sukarela, seterusnya mengurangkan ketirisan hasil.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN