Belanjawan 2024: Kawasan Perindustrian baharu di Kerian, Perak

Belanjawan 2024: Kawasan Perindustrian baharu di Kerian, Perak

Perak bakal terima kawasan perindustrian baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan membuka kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian, Perak Utara bagi membina ekosistem lebih luas untuk kluster elektrik dan elektronik (E&E) di wilayah utara. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara langkah kerajaan untuk terus memperhebat usaha bagi meraih lebih banyak pelaburan berimpak tinggi. 

Setakat ini, katanya, kawasan Perindustrian di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Kulim Hi-Tech Park, Kedah telah menghimpunkan syarikat terkemuka dunia dalam sektor E&E.

“Tanggungjawab Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)  tidak lagi hanya tertumpu kepada kelulusan insentif pelaburan semata-mata tetapi perlu mempermudah urusan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) bermula daripada permohonan sehinggalah pelaburan itu direalisasikan.

“Untuk itu, sebuah Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan Pelaburan dan Perdagangan (JTPPP) telah ditubuhkan dan bertanggungjawab melaporkan secara terus kepada Majlis Pelaburan Negara yang dipengerusikan oleh saya sendiri,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya