PETALING JAYA: Kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar Cukai Perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, namun langkah itu tidak membebankan rakyat, peningkatan ini tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.
“Kerajaan juga akan meluaskan skop perkhidmatan bercukai meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini. – UTUSAN