Banjir di Kedah pulih, kesemua PPS sudah ditutup

Banjir di Kedah pulih, kesemua PPS sudah ditutup

PETUGAS mengemas khemah yang menempatkan mangsa banjir setelah kesemua PPS di Kedah ditutup sepenuhnya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kesemua 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri yang menempatkan keseluruhan 1,908 mangsa banjir sejak minggu lalu kini ditutup sepenuhnya ekoran banjir yang telah pulih.

Ketua Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman dan SK Seri Gunung di Kota Setar menjadi lokasi terakhir ditutup pagi ini.

“PPS SK Seri Gunung ditutup pada pukul 8 pagi, manakala PPS SK Taman Aman ditutup kira-kira pukul 9.30 pagi setelah menempatkan 67 mangsa daripada 23 keluarga yang terakhir yang berlindung di situ.

“Jumlah keseluruhan mangsa yang berpindah di Kota Setar adalah 715 orang daripada 253 keluarga dari beberapa kampung antaranya Kampung Anak Bukit, Kampung Alor Senjaya, Kampung Bukit Pinang, Kampung Alor Madi dan Kampung Pulau Kerengga,” katanya.

Selain Kota Setar, tiga lagi daerah terjejas banjir di Kedah kali ini adalah Kubang Pasu, Pokok Sena dan Baling. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya