Anggota bomba berjaya jinakkan ular sawa sepanjang empat meter  - Utusan Malaysia

Anggota bomba berjaya jinakkan ular sawa sepanjang empat meter 

SEEKOR ular sawa sepanjang empat meter berjaya ditangkap pasukan bomba di jeti pendaratan ikan, berhampiran Pasar Besar Chukai, Kemaman, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seekor ular sawa yang dianggarkan sepanjang empat meter berjaya ditangkap pasukan bomba dan penyelamat di jeti pendaratan ikan, berhampiran Pasar Besar Chukai, malam tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman, Hasbullah Halipah berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 9 malam sebelum menggerakkan lima anggota ke lokasi kejadian. 

“Pihak bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk ‘menjinakkan’ ular tersebut  yang pada awalnya sedikit agresif. 

“Kita menggunakan alatan khas termasuk penjerut untuk menangkap reptilia tersebut,” katanya kepada pemberita, hari ini. 

Hasbullah berkata, tiada mangsa yang cedera sepanjang operasi tersebut meskipun kawasan itu menjadi tumpuan ramai. 

“Ular sawa itu kemudiannya dilepaskan kembali ke habitat yang sesuai, jauh dari penempatan penduduk,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya