Ahli keluarga Kedutaan Besar Malaysia di Beirut selamat tiba di

Ahli keluarga Kedutaan Besar Malaysia di Beirut selamat tiba di tanah air

Wisma Putra
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli keluarga kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lebanon selamat tiba di tanah air semalam. 

Perkara itu dimaklumkan Wisma Putra menerusi hantaran Facebook hari ini, selaras dengan langkah awal yang dikeluarkan kerajaan. 

Wisma Putra dalam satu kenyataan kelmarin memaklumkan, kerajaan memutuskan agar ahli keluarga kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut kembali ke Malaysia sehingga keadaan keselamatan membenarkan. 

“Ia sebagai langkah pro-aktif kerajaan bag memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia menjadi keutamaan negara.

“Bagaimanapun, Kedutaan Besar Malaysia akan terus beroperasi seperti biasa. Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular dan mempunyai pertanyaaan boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut,” katanya. 

Dalam kenyataan sama sebelum ini, kerajaan mengarahkan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau keadaan rakyat Malaysia di Lebanon termasuk pasukan pengaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM)-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Malbatt yang berkhidmat di bawah Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL).

“Kedutaan Besar Malaysia di Beirut berhubung rapat dengan 12 warga Malaysia serta keluarga yang kini bermastautin di Lebanon. 

“Dalam keadaan semasa, warga Malaysia disaran menangguhkan perjalanan yang tidak penting ke Lebanon,” kata kenyataan itu sebelum ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN