Abdul Hadi boleh soal PM di Parlimen, tapi hadir pun tidak -Fahmi

Abdul Hadi boleh soal PM di Parlimen, tapi hadir pun tidak -Fahmi

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang boleh menggunakan peluang di Dewan Rakyat untuk mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Palestin.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, sebaliknya Ahli Parlimen Marang itu hanya hadir sehari sahaja sepanjang sidang Parlimen berlangsung sejak 9 Oktober lalu.

“Sebagai Ahli Parlimen, Hj Hadi (Abdul Hadi) boleh saja soal PM di Parlimen tentang Palestin. Tapi ini hadir pun tak. 

“Dari 9 hingga 19 Oktober, Hj Hadi hadir satu hari saja, 16 Oktober, hari sama PM buat kenyataan isu Palestin. So (jadi) peluang untuk lawan ada. Tapi, ada Hj Hadi kritik atau lawan kenyataan PM? langsung tak!,” katanya dalam ciapan Twitter beliau hari ini.

Terdahulu, Abdul Hadi dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Muktamar Pas semalam berkata, sokongan Perdana Menteri terhadap Palestin tidak cukup kuat. 

Dalam pada itu, Fahmi berkata, Abdul Hadi wajar menggunakan peluang di Parlimen untuk mengemukakan cadangan atau idea yang lebih kuat terhadap soal Palestin berbanding kenyataan dikeluarkan Perdana Menteri.

Malah, beliau berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika perbahasan merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri di atas pendirian kerajaan terhadap isu Palestin.

“Tiba-tiba Hj Hadi mencelah. Tapi dari 136 patah perkataan yang dia ucap, tak sepatah pun dia balas, sanggah, tegur atau kritik kenyataan PM yang kononnya tak cukup kuat itu.

“Malah, sebagai bekas Duta Khas ke Asia Barat dan bekas Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, bila ada peluang di Parlimen, apa cadangan atau idea bernas yang dia lontarkan yang lebih kuat dari kenyataan PM? Tak ada,” soalnya dengan mengemukakan hansard Parlimen berhubung kenyataan Perdana Menteri berkenaan Palestin pada 16 Oktober lalu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN