40,000 penerima MyLesen B2 tahun depan

40,000 penerima MyLesen B2 tahun depan

PERUNTUKAN tersebut merangkumi kos ujian dan latihan kepada calon dengan kadar RM300 setiap seorang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Penerima bantuan lesen memandu motosikal kelas B2 akan ditingkatkan daripada 9,000 orang tahun ini kepada 40,000 orang tahun depan, seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramlee berkata, pihaknya akan merangka perancangan rapi bagi membolehkan 40,000 orang daripada golongan B40 di seluruh negara layak dipilih sebagai penerima bantuan itu.

AEDY FADLY Ramlee mengadakan sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutupan Program MyLesen B2 Peringkat Negeri di Dewan Perzim, Banda Hilir, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP

“Kita masih lagi menunggu arahan daripada Kementerian Pengangkutan berhubung kuota 40,000 penerima B40 yang akan dilatih untuk MyLesen B2 tahun depan.

“Jadi dari segi gerak kerjanya, JPJ telah membuat perancangan rapi untuk tahun depan dan penerimanya pula daripada golongan B40,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Program MyLesen B2 Peringkat Negeri di Dewan Perzim, Banda Hilir di sini, hari ini.

Tambah Aedy Fadly, program berkenaan berjaya dimanfaatkan 9,000 penerima di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM2.7 juta melalui Belanjawan 2023.

Menurutnya, peruntukan tersebut merangkumi kos ujian dan latihan kepada calon dengan kadar RM300 setiap seorang.

Menurutnya, seramai 298 penerima dari Melaka berjaya menerima bantuan lesen memandu motosikal kelas B2.

“Kerajaan berharap inisiatif ini dapat melahirkan ramai pemandu kenderaan bermotor yang kompeten serta meningkatkan kesedaran terhadap pematuhan peraturan-peraturan jalan raya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN