340 pelajar teruma Anugerah Kecemerlangan ATM

340 pelajar terIma Anugerah Kecemerlangan ATM

MOHAMAD Hasan menyampaikan Anugerah Ikon Menteri Pertahanan 2023 kepada Ameera Hannan Muhammad Habib - IHSAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 340 orang pelajar menerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan (AKP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Perdana Felda di ibu negara hari ini.

Mereka terdiri daripada 65 pelajar bagi kategori Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 275 pelajar kategori Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Pelajar kategori IPTA menerima RM1,000 manakala pelajar daripada kategori SPM pula menerima RM1,500 yang masing-masing akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan berkata, majlis hari ini disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Pelbagai inisiatif yang diberikan ini adalah sebagai tanda sokongan kepada anak-anak warga ATM bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga dalam bidang kerjaya tidak kira yang cemerlang atau yang kurang cemerlang. 

“Yang Berhormat Menteri Pertahanan juga mengingatkan supaya para pegawai dan anggota ATM untuk terus prihatin dan mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak,” kata kenyataan itu.

Dalam majlis sama, Mohamad turut menyampaikan Anugerah Ikon Menteri Pertahanan kepada adik Nik Noriqmal Nassim Nik Azlan dan adik Ameera Hannan Muhammad Habib sebagai anugerah khas di atas pencapaian tertinggi dalam pelbagai bidang seperti akademik, kokurikulum dan kepimpinan. 

“Kementerian Pertahanan juga menerima sumbangan mock cheque bagi Program Sentuhan Elit SPM 2023 sebanyak RM250,000 daripada ILTIZAM by Ekuinas sebagai tanda sokongan kepada pelajar SPM yang bersekolah di Sekolah Menengah Dalam Kem bagi menghadapi peperiksaan SPM kelak,” kata kenyataan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya