1MDB: PDRM tunggu keputusan AGC berkaitan kes Jasmine Loo

1MDB: PDRM tunggu keputusan AGC berkaitan kes Jasmine Loo

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu keputusan daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk mendakwa Jasmine Loo Ai Swan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya telah melengkapkan siasatan terhadap peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu.

“Siasatan telah selesai, kertas siasatan sudah diserahkan kepada AGC dan kita sedang menunggu keputusan AGC untuk tuduh.

“Pada masa sama, PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) sedang berusaha mendapatkan aset dan harta 1MDB berjumlah RM93.2 juta termasuk di Singapura dan Amerika Syarikat,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Bulan lalu, PDRM mengesahkan sudah menyita dan merampas sebahagian aset hasil penyelewengan 1MDB yang didaftarkan atas nama Jasmine Loo.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata, aset itu merangkumi hartanah, akaun bank, lukisan, beg tangan berjenama mewah, jam tangan dan dokumen berkaitan dianggarkan bernilai RM93.2 juta iaitu nilai semasa pembelian dibuat pada 2013. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN