SERAMAI 1,283 orang penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) menerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Kluster Siswa Parlimen Jerantut di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) Temin, Jerantut baru-baru ini.
Bantuan tersebut bernilai RM384,900 disempurnakan penyampaiannya oleh wakil Menteri Besar Pahang yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, Haris Salleh Hamzah. Ia merupakan sebahagian peruntukan kerajaan negeri berjumlah RM8.9 juta tahun ini khas untuk seramai 18,680 orang siswa dan siswi negeri ini.
“Bantuan tunai RM300 kepada penerima merupakan manifestasi keprihatinan serta cakna kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam usaha memberikan kemudahan serta keselesaan penuntut berbelanja keperluan tertentu semasa di IPTA/IPTS,” katanya.-UTUSAN