JOHOR BAHRU: Isu pencemaran sungai seperti tiada penghujungnya bagi penduduk di kawasan Pasir Gudang. Terbaharu, penduduk di Kampung Pasir Gudang Baru, dekat sini berdepan isu pencemaran air Sungai Masai yang berwarna hitam dan berbau busuk serta situasi itu amat meresahkan mereka, terutamanya 45 nelayan pantai yang bergantung hidup dengan hasil tangkapan untuk menyara keluarga. Pengerusi Nelayan Wilayah Johor Selatan, Azli Mohd. Aziz berkata, isu air bertukar hitam seperti itu sering…










