Status rumah tangga, tunggu kenyataan rasmi saya - Ruhil Amani - Utusan Malaysia

Status rumah tangga, tunggu kenyataan rasmi saya – Ruhil Amani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi senior, Ruhil Amani, 48, bakal membuat pengumuman dalam masa terdekat berkenaan status rumah tangganya dengan pemuzik, Jamil Wilson.

Menurut Ruhil, meskipun sedar ramai sedang berteka-teki, namun buat masa ini dia belum bersedia untuk menjelaskan mengenai hubungannya dengan suami kerana lebih memikirkan perasaan dua anak mereka.

“Saya rasa perlukan masa yang sesuai untuk kongsikan perkara ini. Insya-Allah semuanya akan dijawab pada waktu terdekat.

“Bukan saya tak nak bercerita sekarang, tetapi saya perlu juga menjaga hati anak-anak dan rasanya sekarang bukan masa yang sesuai.

“Bagi saya, bila ada anak, keutamaan saya adalah kepada mereka termasuk menjaga perasaan mereka. Disebabkan itu, saya kena jaga segala tindak tanduk, tutur kata atau dalam memberikan sebarang kenyataan. Ini penting,”katanya.

Ruhil berlata demikian semasa ditemui pada Majlis Sambutan 18 Tahun Mstar dan Pelancaran Program Mstar Baek di Menara The Star, di sini, hari ini.

Selain itu, mengulas lanjut, kata penyanyi lagu Kawan ini, dia lebih selesa untuk sentiasa duduk berbincang dan mendapatkan pandangan anak-anak terutama berhubung sebarang isu keluarga.

“Dalam apa jua perkara, saya mesti akan babitkan anak-anak bersama. Walaupun saya seorang ibu, tetapi tak semestinya kena guna kuasa veto kepada anak-anak.

“Saya pentingkan perasaan dan emosi mereka, itu yang saya kena jaga. Pasal orang kata, kalau terlanjur kata-kata nanti susah nak patah balik. Jadi sebab itulah saya pilih untuk berhati-hati dalam berkata-kata.

“Mungkin orang sekeliling akan berkata dan bertanya kenapa nak kunci mulut? Tapi bagi saya biarlah saya pilih jalan ini untuk melindungi anak-anak saya,”katanya lagi.

Dalam pada itu, Ruhil turut menafikan kemunculan semula dirinya dalam industri seni tanah air sebagai satu signal bahawa berlaku kegoyahan dalam alam rumah tangganya.

“Saya minat menyanyi sejak kecil lagi. Jadi, biarpun sudah bergelar ibu namun minat dalam bidang seni ini sentiasa ada. Sebelum ini saya kurang aktif kerana kekangan masa dan tumpuan pada keluarga.

“Kini memandangkan anak-anak semakin besar, maka saya rasa inilah masa yang sesuai untuk kembali menyanyi,”kongsinya.

Untuk info, Ruhil berkahwin dengan Jamil yang merupakan seorang pemuzik pada 2003.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ruhil Ariana Wilson, 19 dan Raayan Alexander Wildon, 12 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya