Sila segera tukar not 2,000 rupee sebelum akhir bulan ini

Sila segera tukar not 2,000 rupee sebelum akhir bulan ini

R. Ramanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) meminta mereka yang ada apa-apa urusan di India agar segera menukarkan not 2,000 rupee sebelum hujung bulan ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Mitra, Datuk R. Ramanan berkata, rakyat Malaysia yang memiliki not berkenaan dinasihatkan segera menukarkannya kepada nilai kecil selepas Reserve Bank of India (RBI) pada 19 Mei lalu memutuskan menarik balik denominasi 2,000 rupee yang merupakan nilai tertinggi daripada pasaran domestik dan luar negara.

Not berkenaan mula diperkenalkan bank pusat negara itu pada 2016 lalu apabila kerajaan India bertindak memansuhkan dua mata wang kertasnya iaitu 500 rupee dan 1,000 rupee.

Walau bagaimanapun, pihak RBI tidak lagi mencetak denominasi 2,000 rupee sejak 2019 ekoran kes not palsu tersebut dikesan oleh beberapa bank yang berleluasa agak drastik.

Dianggarkan masih terdapat kurang 3.2 juta keping wang tunai itu dalam edaran daripada keseluruhan 3.7 juta keping dicetak pengilangnya, Bharatiya Reserve Bank Note Mudran.

Mengulas lanjut, Ramanan berkata, pelancong Malaysia menggemari not 2,000 rupee kerana mungkin fikir boleh berbelanja lebih tetapi mulai 1 Oktober depan, ia tidak sah laku lagi.

RBI memberi peringatan empat bulan lebih awal, malah mata wang 2,000 rupee masih lagi sah dalam pasaran selepas tarikh akhir yang ditetapkan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya