Sikap tidak adil Anwar, Johari punca kekecohan - Pembangkang

Pembangkang tuduh sikap tidak adil Anwar, Johari punca kekecohan

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembangkang mendakwa kekecohan berlaku ketika sesi penggulungan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) semalam berpunca akibat sikap Perdana Menteri dan Yang Dipertua Dewan yang gagal berlaku adil.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, rakyat boleh menyaksikan secara langsung bagaimana tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba memusingkan fakta ketika penggulungan itu.

“Sebagai pembangkang yang kredibel, Perikatan Nasional (PN) sentiasa patuh kepada peraturan Dewan dan sepanjang perbahasan Kajian Separuh Penggal RMK12 berlangsung, wakil rakyat PN jelas telah memperlihatkan kematangan kami dalam memberi pandangan, teguran serta peringatan secara menyeluruh.

“Tahniah kepada semua ahli Parlimen PN yang telah berperanan dengan amat baik sepanjang sidang khas Parlimen kali ini,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Semalam, kekecohan berlaku di antara ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang di Dewan Rakyat apabila Anwar menyentuh isu melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan.

Semasa menggulung pembentangannya, penjelasan Perdana Menteri mengundang kemarahan Datuk Dr Radzi Jidin apabila beliau menyifatkan Ahli Parlimen Putrajaya tahu apa yang berlaku semasa mentadbir Kerajaan Persekutuan dan melakukan perkara sama iaitu melepaskan kes mahkamah seseorang yang dituduh.

Pada awalnya, ketika Anwar meneruskan penjelasan, Radzi dilihat ketawa sehingga Perdana Menteri berkata sesuatu yang membuatkannya tidak senang duduk.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bagaimanapun berusaha meredakan pergaduhan itu dan mengarahkan Radzi untuk duduk dan mendengar penjelasan Anwar.

Bagaimanapun, Radzi masih berdegil sehingga diarah keluar Dewan selepas mengganggu sesi penggulungan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal RMK12.

Beberapa ahli Parlimen PN termasuk Hamzah yang dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan itu juga bertindak keluar dari Dewan Rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN