Sesi bertemu peminat Jan Keun Suk kurang sambutan - Utusan Malaysia

Sesi bertemu peminat Jan Keun Suk kurang sambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOREA SELATAN: Penyanyi dan pelakon, Jan Keun Suk membuat kejutan menerusi kehadirannya dalam sebuah sesi bertemu peminat baru-baru ini.

Sesi tersebut adalah untuk meraikan  jumlah pengikut saluran YouTube miliknya yang sudah mencecah 100,000.

Dalam sesi yang berlangsung di Gangnam, Korea Selatan itu, Keun Suk memasang sebuah khemah dan bercadang memberikan kek beras kepada peminat sebagai tanda perhargaan.

Namun begitu, hujan turun dengan lebat membuatkan sesi pada hari itu hanya dihadiri oleh tujuh peminat sahaja. Walaupun selepas pelakon You’re Beautiful itu memanggil peminat di sekeliling Gangnam menggunakan pembesar suara, majlis petang itu tetap sepi.

“Kami baru sahaja memulakan saluran YouTube ini dan sudah mempunyai lebih 100,000 pelanggan. Sangat menakjubkan. Sebagai tanda terima kasih, saya ingin memberikan kek beras sebagai buah tangan.

“Mungkin jika tidak hujan saya yakin lebih ramai orang di jalan akan datang. Adakah kita telah pilih tarikh yang salah?” seloroh Jan Keun Suk dalam video di laman YouTube miliknya itu.

Tidak tersinggung dengan suasana itu, pelakon tersebut mengubah strategi dengan menghantar kuih beras kepada beberapa teman terdekat yang menyokongnya selama ini.

Antaranya selebriti media sosial Jenny Park, penyanyi rap Kim Hyung-jun dan pelakon Oh Yoon-ah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya