Semak semula projek kerajaan tiada kesan berganda

Semak semula projek kerajaan tiada kesan berganda kepada ekonomi negara

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setiap agensi kerajaan dicadangkan menyemak semula projek yang tidak memberi kesan kepada ekonomi negara.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sekiranya projek yang diluluskan sebelum ini tidak boleh memanfaatkan ekonomi negara, kerajaan perlu menggantikannya dengan projek-projek lain yang mempunyai kesan berganda.

Oleh itu, kata bekas Menteri Kewangan II itu,,  mana-mana pelaksanaan bajet yang diluluskan mesti dilaksanakan secepat mungkin dan digunakan dengan efisien manakala bayaran mesti dibuat secara cekap dan pantas. 

Katanya, strategi itu boleh dipertimbang untuk mengembalikan semula ekonomi negara ke hadapan selepas beberapa tahun tertinggal di belakang. 

“Daripada situ, maka perbelanjaan swasta akan bersambung. 

“Mengikut rekod Kementerian Kewangan, sejumlah RM43.9 bilion telah dibelanjakan setakat Jun lalu. Kita bajet (untuk dibelanjakan sebanyak) RM85 bilion dan sudah tidak ada masa. 

“Jadi, kerajaan kena gunakan segala bajet yang telah lulus ini untuk pastikan perjalanan ekonomi ini menjadi pemangkin kepada kerajaan dan swasta pada masa akan datang.

“Mana-mana pelaksanaan bajet yang diluluskan mestilah dilaksanakan secepat mungkin. Bayaran mestilah dibuat secara cekap dan pantas. Setiap peruntukan diluluskan mesti digunakan secara efisien dan cepat,” katanya semasa membahaskan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, beliau mencadangkan supaya Kementerian Kewangan memantau secara rapat akan syarikat-syarikat yang culas membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 

Katanya, ia bertujuan supaya kutipan cukai boleh dipungut dengan cekap dan dipulangkan semula demi manfaat rakyat negara ini. 

Beliau berkata, ia penting kerana agensi kerajaan hanya mempunyai masa dua setengah tahun lagi untuk melaksanakannya mengikut RMK12. 

“Kerajaan kena pastikan mana-mana syarikat yang mendapat projek ini, segala rantaian syarikat-syarikat ini mestilah dipantau. Mereka perlulah membayar cukai kepada LHDN supaya LHDN boleh dapat pendapatan.

“Ia kemudian boleh disalurkan balik kepada kerajaan dan persekitaran ekonomi ini akan berpusing. Akhirnya, akan membawa balik negara kepada landasan yang betul,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya