Sanusi tak berdebar dipanggil SPRM 

Sanusi tak berdebar dipanggil SPRM 

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan beliau bersedia untuk disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik. 

 Menurutnya, beliau tenang berhadapan dengan perkara itu memandangkan soal siasat seperti itu bukan sesuatu yang luar biasa baginya. 

 “Saya tunggu dia (SPRM) panggil lah. Saya tidak ada masalah dengan SPRM. Nanti, dia (SPRM) panggil. Saya pergi lah. Bukan sekali ini sahaja. Polis panggil dulu, itu panggil hari-hari (dan) tidak ada isu apa-apa. Debar apa pun tidak ada,” katanya. 

 Muhammad Sanusi berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Tuaian Projek Padi Benih Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di tapak Smart Sawah Berskala Besar Asnaf LZNK, Padang Lumat, di sini hari ini.

 Beliau mengulas laporan SPRM akan memanggil dirinya selewat-lewatnya minggu depan bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung isu kecurian REE di Bukit Enggang, Sik. 

 Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, perkara itu perlu melihat kepada beberapa perkara dalam konteks undang-undang, sistem dan prosedur. 

 Mengulas lanjut, kata Muhammad Sanusi, pihaknya bagaimanapun belum menerima apa-apa maklum balas daripada SPRM berhubung perkara itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN