RISE KL lestarikan alam sekitar Kuala Lumpur

RISE KL lestarikan alam sekitar Kuala Lumpur

AKMAL Nasrullah Mohd. Nasir melihat kawasan pengumpulan bahan-bahan kitar semula selepas merasmikan fasiliti kitar semula iaitu Recovery Initiative Sustainable Eco-Facility Kuala Lumpur (RISE KL) di Kawasan Industri Batu Caves. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Fasiliti kitar semula iaitu Recovery Initiative Sustainable Eco-Facility Kuala Lumpur (RISE KL) diyakini dapat menguruskan 50 tan sisa pembuangan di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya setiap hari.

Pengarah Alam Flora Environmental Solutions (AFES), Datuk Mohd. Zain Hassan berkata, fasiliti ini dibangunkan bagi memberi pengetahuan komprehensif dan amalan terbaik tentang kitar semula dan pemisahan sisa  dalam menangani peningkatan pembuangan  tersebut.

Menurutnya, RISE KL dibangunkan untuk menyokong aspirasi kerajaan dalam meningkatkan kadar kitar semula negara kepada 40 peratus menjelang tahun 2050

“Ia adalah seiring dalam mengejar inisiatif sendiri matlamat syarikat Malakoff untuk mencapai kadar kitar semula kepada 15 peratus hingga 20 peratus menjelang tahun 2025.

“Justeru saya berharap dalam tempoh lima tahun akan datang, AFES akan mampu menghasilkan 65 tan sisa kitar semula dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian RISE KL oleh Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Tambahnya, dengan adanya RISE KL akan memupuk  kesedaran alam kalangan orang awam agar lebih peka tentang kepentingan kitar semula.

Ujar beliau,  pihak mereka berhasrat mendapat sokongan daripada kerajaan dalam menubuhkan lebih banyak fasiliti kitar semula seperti RISE KL pada masa akan datang.

Fasiliti RISE KL bukan sahaja mampu memproses sehingga 50 tan sisa kering sehari untuk diasingkan bagi dikitar semula, malah ianya menggunakan proses semi-automatik dari sumber aliran tunggal atau dwi aliran.

Pembinaan RISE KL adalah merupakan sebahagian daripada tonggak perniagaan Malakoff, yang memfokuskan kepada pengurusan dan penyelesaian alam sekitar untuk komuniti dan planet ini. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya