PRK Jepak: GPS jamin letak calon

PRK Jepak: GPS jamin letak calon

ABANG Johari Tun Openg (tengah) bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Pertama Bioteknologi, Perladangan Pintar  dan Keusahawanan Untuk Keselamatan Makanan (BioSFE 2023) di Kuching, Sarawak hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg beri jaminan akan meletakkan calon dari parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak. 

Bagaimanapun, Abang Johari masih belum beri bayangan individu ataupun calon yang akan dipertaruhkan daripada parti tersebut. 

“Kita sedialah, hari penamaan calon, kita akan hantar calon, buat masa ini tunggu dulu. 

“Kena tanya Kemena (ADUN Kemena) dulu, dia (Datuk Seri Dr. Stephen Rundi) okay, okaylah,” ujar Abang Johari ketika ditanya pemberita di sini hari ini sama ada beliau sudah membuat keputusan untuk menamakan beberapa calon di kerusi DUN Jepak. 

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Jepak, Sarawak pada 4 November depan.

Timbalan Pengerusinya, Dr. Azmi Sharom berkata, tarikh penamaan calon pula pada 21 Oktober depan manakala undi awal ditetapkan pada 31 Oktober 2023.

“Sejumlah 22,804 pemilih terlibat dengan peruntukan kos kira-kira sebanyak RM2 juta,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK DUN Jepak di sini hari ini.

Kerusi DUN Jepak diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lepas.

Talib, 72, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 5.50 petang ekoran komplikasi buah pinggang setelah dimasukkan ke pusat perubatan sehari sebelumnya.

Allahyarham ialah penyandang kerusi DUN Jepak di bawah Parlimen Bintulu selama enam penggal sejak 1996. -UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN