PRK DUN Pelangai, BN pasang strategi - Utusan Malaysia

PRK DUN Pelangai, BN pasang strategi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG : Enam nama bagi pemilihan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai telah disenarai pendek oleh Barisan Nasional (BN) Pahang untuk bertanding pada bulan depan.

Enam mereka ialah Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh, Naib Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Hazraf Ali Hasan, Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Bentong, Fadliyatun Ahmad.

Tiga lainnya termasuk bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bentong, Datuk Ekmal Hamid Zakaria, Datuk Khairuddin Yaakob serta Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bentong, Datuk Jamaludin Buyong.

Difahamkan, Jamaludin juga merupakan bekas Pemangku Pengarah Urusan TRIpic Berhad.

Difahamkan pilihan utama pucuk pimpinan parti mungkin terarah kepada Mohamad Zaini bagi menggantikan Datuk Seri Johari Harun yang terkorban dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, 17 Ogos lalu.

Bagaimanapun dalam situasi politik hari ini hampir sama dengan pasca Pilihan Raya Umum-14, yang menyaksikan UMNO berhadapan dengan penolakan rakyat justeru calon popular dalam kalangan pengundi mungkin menjadi pilihan.

Menerusi PRK Cameron Highland 2018, UMNO telah memilih Ramli Md Noor sebagai calon dan berjaya menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) yang menjadi kerajaan ketika itu.

Perkara yang sama berlaku dalam PRK DUN Semenyih 2019 di mana UMNO sekali lagi meletakkan calon luar hirarki parti dan berjaya merampas kerusi terbabit dari PH.

Sekiranya formula pasca PRU14 diguna pakai, Amizar mungkin akan menjadi pilihan utama sebagai strategi berbanding pemegang jawatan utama dalam UMNO Bahagian biarpun hanya memegang jawatan lantikan sebagai sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian.

Untuk info, Amizar pernah menjadi calon dalam PRU15 namun tewas.

Pun begitu, nama beliau menjadi sebutan berikutan kejayaan mendapat undi yang signifikan banyak di DUN Ketari yang menjadi kawasan kubu kuat DAP.

Amizar pernah berjaya mengurangkan majoriti DAP kepada 120 undi sahaja dalan PRU14 yang menyaksikan calon PH (DAP) Keong Siong ketika itu mendapat 9,722, manakala Amizar (BN) mendapat 9,602.

Sebagai seorang usahawan dan juga penggerak badan bukan kerajaan (NGO) Kami Anak Felda, Amizar yang dibesarkan di Felda Chemomoi dalam DUN Pelangai dipercayai mempunyai kelebihan bagi berhadapan gelombang sokongan orang Melayu terhadap PN sejak PRU15 lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN