KUALA LUMPUR: Polis trafik dilihat mengawal kesesakan lalu lintas berhadapan Masjid Jamek Kampung Baru ekoran Himpunan Selamatkan Malaysia yang dianjurkan oleh Perikatan Nasional (PN) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Amal Malaysia.
Perarakan yang bermula selepas solat fardhu Zohor itu dengan kehadiran penyokong dari PN dan juga NGO tersebut.
Kehadiran beberapa ahli politik seperti Badrul Hisham Shaharin (Bersatu) dan Datuk Tun Ismail Aziz (Muafakat Nasional) dilihat merancakkan lagi perarakan tersebut dengan teriakan ‘Reformati’.
Perhimpunan tersebut dijangka akan berakhir di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi setelah selesai membuat laporan salah laku pemimpin kerajaan. –UTUSAN