Pesara rugi RM4.4 juta terpedaya penipuan pelaburan ‘kripto’

Pesara rugi RM4.4 juta terpedaya penipuan pelaburan ‘kripto’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pesara kerajaan mendakwa rugi lebih RM4.4 juta selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan mata wang kripto. 

Ibu pejabat Polis Daerah Brickfields menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun yang mendakwa ditipu dalam urusan pelaburan mata wang kripto, hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, mangsa memaklumkan menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp dari nombor tidak dikenali yang mengiklankan pelaburan mata wang kripto.

Katanya, suspek kemudian memperkenalkan diri sebagai sebagai ejen pelaburan mata wang kripto berasal dari Singapura.

“Mangsa kemudian diterangkan pelan (pelaburan) dan dipujuk untuk menyertai pelaburan selain diarahkan membuat pendaftaran di laman sesawang diberikan.

“Pengadu dijanjikan pulangan sebanyak lima hingga 10 peratus daripada nilai modal, namun tidak dinyatakan tempoh pelaburan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, akibat terpedaya, mangsa membuat 90 transaksi bayaran berjumlah RM4.4 juta secara berperingkat ke dalam tiga akaun bank diberikan bermula 18 Julai sehingga 6 September lalu.

Bagaimanapun, jelasnya, pengadu gagal mengakses laman sesawang berkenaan dan gagal menghubungi suspek semalam.

“Keadaan itu menyebabkan mangsa mengesyaki ditipu kerana tidak menerima sebarang keuntungan pelaburan seperti dijanjikan

“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan,” katanya. 

Beliau tmenasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan pelaburan menjanjikan keuntungan yang tinggi.

“Sila buat semakan pada nombor akaun melalui https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang transaksi,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN