Peralihan Monsun mula 19 September ini, bawa hujan lebat

Peralihan Monsun mula 19 September ini, bawa hujan lebat

Ramalan hujan dan ribut kencang di beberapa negeri sehingga pukul 5 petang ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 19 September sehingga November 2023 menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang bermula sejak 15 Mei lalu.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia),Muhammad Helmi Abdullah permulaan fasa itu negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah..

“Keadaan ini lazimnya membawa hujan lebat serta angin kencang dalam jangka masa singkat,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Kejadian ini juga turut berlaku terutama pada waktu petang dan awal malam di kebayakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung  dan tengah Sarawak.

Katanya, keadaan cuaca itu berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh itu dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia di laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-638 bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya