Penunggang cedera tercampak dari jejambat

Penunggang motosikal parah tercampak dari jejambat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG JAYA: Seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan parah selepas tercampak lalu terjatuh dari jejambat pusingan U di Ukay Perdana di sini semalam. 

Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu, pelajar kolej berusia 21 tahun berkenaan mengalami kecederaan patah tulang kaki kiri, rusuk kanan dan tulang belakang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila mangsa dalam perjalanan dari Taman Al- Ridhuan, Hulu Kelang menuju ke Masjid Ukay Perdana. 

“Motosikal dinaiki mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar tembok penghadang.

“Disebabkan itu, mangsa tercampak dan jatuh ke bawah jambatan pada ketinggian lebih kurang 20 meter,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd Azam, mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Ampang dan keadaan dilaporkan stabil.

“Kes sedang disiasat di bawah Kaedah 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959).

“Polis meminta kerjasama saksi bebas yang menyaksikan kejadian tersebut agar tampil menyalurkan maklumat berkenaan kejadian dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Ampang Jaya Insp Nur Nadzirah binti Abdul Rahim di talian 012-4401093,” tegasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN