Penjawat awam perlu sedia realisasi GovTech - KSN

Penjawat awam perlu sedia realisasi GovTech – KSN

MOHD. Zuki Ali (tengah) menyempurnakan gimik perasmian Majlis Persidangan Digital Sektor Awam 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penjawat awam perlu bersedia dalam merealisasikan impian negara untuk menjadi peneraju pendigitalan penyampaian perkhidmatan kerajaan di pentas dunia.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, hasrat itu selari dengan iltizam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya dalam mewujudkan konsep ‘Government Technology’ (GovTech) Malaysia.

Beliau berkata, GovTech dijangka dapat memperhebatkan revolusi digital dan keupayaan perkhidmatan awam selain pendekatan ‘keseluruhan kerajaan’ dalam pemodenan sektor awam.

“GovTech menekankan tiga aspek iaitu berpaksikan rakyat, akses universal kepada perkhidmatan kerajaan dan pendekatan keseluruhan transformasi kerajaan digital.

“Anjakan ini memerlukan komitmen kita semua warga perkhidmatan awam untuk mempercepatkan dan memperkasakan pendigitalan melalui konsep GovTech,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Digital Sektor Awam (PDiSA) 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Katanya, penjawat awam bukan sekadar menyediakan perkhidmatan sebaliknya menawarkan khidmat yang terbaik dan bersifat penyelesaian masalah kepada rakyat.

Mohd. Zuki berkata, usaha itu pastinya akan memberi kesan positif kepada Indeks Kematangan GovTech (GTMI) yang diperkenalkan pada tahun 2020 membabitkan 198 negara.

Menurutnya, berdasarkan Laporan GTMI, 2022, ‘Update: Trends in Public Sector Digital Transformation’, Malaysia dikategorikan dalam kumpulan A atau ‘GovTech Leaders’ yang berada dalam kumpulan indeks sangat tinggi.

Dalam perkembangan sama, Mohd Zuki berkata, kerajaan juga akan memperkenalkan Program Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) bertujuan membudayakan inovasi dalam sektor awam.

Katanya, Perdana Menteri sudah menyatakan persetujuan untuk menyempurnakan Majlis Penganugerahan AIPSA pada 7 November ini dengan hadiah wang tunai RM1 juta serta trofi menanti pemenang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya