engguna perlu semat sikap ambil tahu bagi mengurangkan risiko

Pengguna perlu semat sikap ambil tahu bagi mengurangkan risiko kemalangan atas jalan raya 

LEE Kim Shin (tengah) menerima naskah buku Sarawak Road Safety Strategic Plan 2021-2025 sebagai cenderahati selepas merasmikan Program Sarawak Road Safety Strategic Plan 2021-2025 dan Penangguhan Rasmi Program Transport - Awareness Behavioural Change (T-ABC), di Dewan Kompleks Islam Sarawak, Kuching hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Satu daripada faktor yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya adalah sikap tidak ambil peduli oleh sesetengah pengguna

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, kesedaran perlu diberikan kepada pengguna lebih-lebih lagi dalam mendedahkan penambahbaikan aliran trafik dan sistem pengangkutan awam di bahagian Kuching.

“Kementerian Pengangkutan Sarawak sedia melaksanakan apa-apa inisiatif dan program ke arah memacu kesedaran keselamatan jalan raya dan perubahan tingkah laku pengguna jalan raya secara menyeluruh dan pada masa yang sama menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. 

“Berdasarkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), penunggang motosikal dan belia merupakan bahagian tertinggi kematian dalam kemalangan jalan raya di Malaysia. 

“Keadaan ini memerlukan langkah segera dalam penganjuran program khusus untuk meningkatkan kesedaran dan menyediakan program pendidikan jalan raya terutamanya menyasarkan golongan berkenaan (penunggang motosikal dan belia),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Sarawak Road Safety Strategic Plan 2021-2025 di Dewan Kompleks Islam Sarawak, di sini hari ini. 

Justeru, Kim Shin berkata, kementeriannya komited untuk menganjurkan program-program dalam usaha sama memberi kesedaran menyeluruh tentang aspek keselamatan jalan raya.

“Kita mendapat tahu daripada pakar pengangkutan bahawa tingkah laku pengguna pengangkutan yang tidak diingini adalah salah satu faktor utama yang menyumbang kepada keadaan tidak selamat di jalan raya dan menyumbang kepada kesesakan jalan raya. 

“Selain itu, berdasarkan kajian daripada 70 dan 65 peratus puncanya datang daripada sikap pengguna jalan raya bukannya berpunca dari jalan raya yang rosak. Oleh itu, punca daripada tingkah laku pengguna jalan raya perlu diberikan perhatian,” tambah Kim Shin ketika turut merasmikan Majlis Penangguhan Rasmi Program Transport – Awareness Behavioural Change (T-ABC). 

Program Transport-Awareness Behavioral Change (T-ABC) merupakan usaha untuk memacu kesedaran keselamatan jalan raya dan perubahan tingkah laku pengguna jalan raya secara menyeluruh.

Program itu menyaksikan seramai lebih kurang 500 peserta yang terdiri daripada penjawat awam, ibu bapa, pelajar sekolah dan juga Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dari sekitar bahagian Kuching.

Antara agensi Kerajaan yang terlibat terdiri daripada Kementerian Pengangkutan Sarawak, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, Pejabat Polis Daerah Kuching dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN