GUA MUSANG: Pembalakan dan pembukaan ladang didakwa menjadi punca ramai golongan belia Orang Asli di Pos Tohoi di sini, membuat keputusan berhijrah ke kawasan bandar bagi mencari pekerjaan dalam meneruskan kelangsungan hidup. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Tohoi, Jenny Adik, 35, mendakwa, situasi itu menyebabkan golongan belia berdepan kesukaran mencari rotan dan hasil hutan. Katanya, dianggarkan lebih 50 belia berhijrah bekerja di…