Pemandu lori ditemui lemas dalam lombong - Utusan Malaysia

Pemandu lori ditemui lemas dalam lombong

ANGGOTA bomba mengangkat naik mayat lelaki yang ditemukan dalam lombong di Lenggong semalam. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LENGGONG: Seorang pekerja kedai hardware yang dilaporkan terjatuh ke dalam lombong Perbadanan Air Kala di Selat Pagar di sini semalam, ditemukan mati lemas.

Mayat S. Karthik, 33, dijumpai pasukan bomba pada pukul 11.21 malam selepas lebih tujuh jam dilaporkan hilang

Difahamkan, kejadian itu dimaklumkan adik ipar mangsa yang menghubungi polis selepas menemui barangan berupa kasut, topi dan beg dipercayai milik lelaki itu di tebing lombong tersebut.

Turut dijumpai sebuah lori milik kedai syarikat lelaki itu bekerja berhampiran lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong, Farizul Anuar Razali berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 4.17 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota diatur gerak ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Usaha pencarian itu turut dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Kuala Kangsar dengan membuat selaman dan carian di permukaan.

“Mangsa kemudian dijumpai pada jarak 50 meter dari lokasi dia dipercayai jatuh. Mangsa bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dibawa naik ke tebing dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi tersebut yang disertai 10 anggota polis dan seorang pegawai itu ditamatkan pada pukul 11.40 malam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya