IPOH: Kecacatan kekal akibat terpijak jerangkap samar dalam operasi memburu komunis di Klian Intan, Gerik, 45 tahun lalu, tidak pernah dilupakan oleh seorang pesara tentera. Sarjan (B) Hassanuddin Abd. Karim, 75, berkata, insiden yang menyebabkan dia hilang kaki kiri sehingga paras buku lali itu berlaku ketika menyertai operasi Echo Foxtrox pada 11 Julai 1978. “Walaupun telah 32 tahun bersara daripada komando, kejadian terpijak jerangkap samar itu antara peristiwa yang amat sukar dilupakan. “Malah, sehingga kini saya terbayang-bayang kejadian itu terutama apabila melihat parut di kaki. Bagaimanapun, saya bangga kerana kecacatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya