Orang dah bercerai secara sah - Santees

Apa salahnya? Orang dah bercerai secara sah – Santees

GAMBAR dimuat naik Hamzah Zainudin yang mendapat perhatian pelbagai pihak. - FB HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Apa salahnya? Orang dah bercerai secara sah, nak jumpa anak dara ke, janda ke, biarlah. Nak berkenalan dengan orang baru tak salah pun.”

Demikian respons bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, Satees Muniandy selepas gambarnya bersama dua bekas pemimpin DAP dan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),  Datuk Seri Hamzah Zainudin mendapat perhatian pelbagai pihak.

Katanya, mereka bebas untuk berjumpa dengan mana-mana pihak memandangkan tidak lagi terikat dengan parti tertentu.

“Nak berkenalan dengan orang baharu tak salah pun. Lainlah kalau masih dalam hubungan dan jumpa secara curi-curi.

“Sesetengah pihak yang sudah tiada apa-apa ikatan dengan kami, panas ni kenapa? Ada yang cakap ‘depa (mereka) tak relevan’, biarlah ‘orang tak relevan’ buat apa pun tak perlu jaga tepi kain orang itu. Kalau sudah ada jodoh yang cocok nanti, akan dapatlah kad jemputan,” katanya

Terdahulu, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut memuat naik gambarnya bersama tiga bekas pemimpin DAP di laman Facebook dengan kapsyen ‘kawan-kawan lama dari Penang’.

Susulan itu, hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi termasuk kecaman daripada pelbagai pihak.

Selain  Santees, dua bekas pemimpin lain yang turut berada di dalam gambar tersebut ialah bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof. Dr. P. Ramasamy dan bekas Ketua Cawangan DAP Batu Kawan, David Marshel. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN