Ops Samseng Jalanan; 34 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan - Utusan Malaysia

Ops Samseng Jalanan; 34 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan

POLIS menjalankan pemeriksaan ke atas penunggang motosikal menerusi Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar daerah Barat Daya, Pulau Pinang, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BALIK PULAU: Sebanyak 34 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Ops Sepadu (Ops Samseng Jalanan) yang dijalankan di sekitar daerah Barat Daya di sini, awal pagi tadi.

Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, selain membendung samseng jalanan yang melibatkan mat rempit, operasi itu juga bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuh peraturan-peraturan lalu lintas sedia ada dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

”Operasi ini turut tertumpu di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan mat rempit melakukan aksi berbahaya dan mengesan pemandu mabuk, mencegah kejadian kes kecurian kenderaan, ragut, pecah rumah dan lain-lain jenayah.

”Operasi ini akan diteruskan pada setiap minggu bagi mencegah gejala mat rempit yang sering mengganggu ketenteraman awam,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, polis turut menjalankan pemantauan dan ‘snap check’ di sekitar kawasan Perumahan Taman Pantai Jerjak, Q1 dan Q2 Waterfront, Queensbay di sini, hujung minggu ini.

”Polis akan mengambil tindakan terhadap kenderaan yang menyalahi undang-undang terutama pengubahsuaian ekzos motosikal yang mendatangkan ketidakselesaan kepada penduduk.

”Sebanyak 20 buah kenderaan dan seramai 35 individu telah diperiksa serta satu saman telah dikeluarkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, polis daerah Barat Daya turut menahan seorang lelaki berusia 36 tahun kerana disyaki menjalankan aktiviti judi loteri awam haram di tepi tempat parkir kenderaan berbumbung Pekan Sungai Pinang, Balik Pulau, semalam.

”Pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenis Nokia yang memaparkan angka-angka dan nilai taruhan disyaki judi loteri awam haram dan sejumlah wang tunai.

”Kes disiasat di bawah Sek 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya