Nilai pelaburan diluluskan RM132.6b

Nilai pelaburan diluluskan RM132.6b

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia berjaya menarik sebanyak RM132.6 bilion (AS$28.4 bilion) nilai pelaburan yang diluluskan dari Januari hingga Jun, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Ia merangkumi pelaburan dalam perkhidmatan sebanyak RM82.4 bilion, pembuatan (RM44.9 bilion) dan sektor utama (RM5.3 bilion), melibatkan 2,651 projek serta dijangka mewujudkan 51,853 peluang pekerjaan.

MIDA berkata, jumlah projek yang diluluskan meningkat sebanyak 34.8 peratus berbanding enam bulan pertama 2022.

Jelasnya, peningkatan didorong oleh keyakinan pelabur kepada ekonomi Malaysia, dasar-dasar mesra pelaburan dilaksanakan kerajaan, selain kedudukan strategik negara.

Menurut MIDA, pelaburan langsung domestik (DDI) menyumbang 52.2 peratus atau RM69.3 bilion daripada jumlah pelaburan diluluskan, manakala pelaburan langsung asing (FDI) menyumbang 47.8 peratus atau RM63.3 bilion

Sementara itu, lima nege­ri teratas mencatatkan nilai pelaburan yang ketara kepada jumlah pelaburan diluluskan ialah Kuala Lumpur sebanyak RM31.7 bilion, Selangor (RM29.7 bilion), Kedah (RM14.6 bilion), Johor (RM14.2 bilion) dan Sabah (RM9 bilion).

Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, di sebalik permintaan global yang perlahan dan kadar faedah yang tinggi dalam pasaran utama, Malaysia berjaya menarik nilai sama jumlah pelaburan yang diluluskan pada separuh pertama 2023, mencerminkan keyakinan prospek pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata, pelaburan domestik langsung meningkat sebanyak 58 peratus, mewakili lebih 52 peratus daripada pelaburan yang diluluskan, menunjukkan keyakinan yang jelas terhadap dasar Ekonomi Madani yang dilaksanakan kerajaan.

“Jumlah pelaburan yang diluluskan juga dijangka mewujudkan sekurang-kurangnya 50,000 pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

“Saya gembira dengan pencapaian kami pada separuh pertama 2023 yang memperoleh RM132.6 bilion, mewakili 60.3 peratus daripada sasaran tahunan kami.

“Pencapaian ini mencerminkan purata 10 tahun kami sebanyak RM222.6 bilion, menekankan usaha konsisten kami dalam menarik pelaburan berkualiti dan memacu pertumbuhan ekonomi.

Dengan jangkaan pertumbuhan yang lebih kukuh pada separuh masa kedua, saya yakin kita akan dapat mencapai sasaran untuk tahun ini,” katanya dalam kenyataan.

Ujarnya, memandangkan pelbagai rantaian bekalan global beralih ke Asia, matlamat utama MITI adalah meletakkan Malaysia sebagai hab serantau untuk kedua-dua syarikat antarabangsa dan usahawan yang ingin mengembangkan jejak mereka di Asia.

Untuk itu, katanya, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2023 ((NIMP 2023) yang diumumkan baru-baru ini mewakili langkah penting dalam perjalanan Malaysia ke arah perindustrian mampan transformasi dan meningkatkan daya saing global.

“NIMP 2030 mewakili keseluruhan usaha negara ke arah menyepadukan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) secara proaktif ke dalam rantaian bekalan serantau dan global, serta memupuk kerjasama ekonomi yang lebih baik dengan negara jiran.

“Ini adalah ditetapkan untuk mengukuhkan ekosistem pelaburan, memupuk keyakinan pelabur dan seterusnya mempertingkatkan kedudukan Malaysia dalam landskap pelaburan serantau,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Wira Arham Abdul Rahman berkata, asas ekonomi Malaysia yang kukuh asas dan reputasi sebagai stabil, boleh dipercayai dan neutral membolehkan negara menarik pelaburan berkualiti daripada pelbagai sumber.

Selain itu katanya, negara juga mempunyai prospek yang sangat baik untuk industri digital dalam tempoh jangka panjang.

“Syarikat merentasi pelbagai industri terus membina keupayaan dalam data, pendigitalan dan automasi. Terdapat juga peluang daripada ekonomi digital yang semakin berkembang di Asia Tenggara, termasuk dalam teknologi kewangan, awan (cloud), keselamatan siber (cybersecurity) dan gaming,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×