Nahas Segamat: Remaja terselamat stabil, masih dirawat di ICU

Nahas Segamat: Remaja terselamat stabil, masih dirawat di ICU

KERATAN laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keadaan remaja lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya  di Jalan Segamat-Kuantan pada 1 September lalu sehingga mengorbankan enam ahli keluarganya, Abdullah Amir Ruddin dilaporkan dalam keadaan stabil.

Perkara itu dikongsikan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam satu hantaran di Facebook hari ini selepas mangsa di Hospital Segamat.

“Terima kasih kepada pasukan pakar dari Hospital Segamat di bawah Pengarahnya, Dr. Faidzal Adlee Abdul Ghafar. 

“Walaupun masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Alhamdulillah keadaannya agak stabil. 

“Syafakallah, moga diberi Allah kesembuhan yang segera,” katanya.

Abdullah  satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kemalangan itu selepas kenderaan dinaiki mangsa dan keluarganya bertembung dengan sebuah lori.

Kejadian itu mengorbankan bapa dan ibu mangsa iaitu Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhammad, 43.

Turut maut empat lagi adik-beradik mangsa, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN