McDonald's Malaysia siasat kes caj sos cili peket RM10.60 - Utusan Malaysia

McDonald’s Malaysia siasat kes caj sos cili peket RM10.60

Sos cili
AZMIR Jaafar (kiri) ketika sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Kali Ke-4 Akademi Vokasional McDonald's Malaysia di UiTM Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: McDonald’s Malaysia menafikan pihaknya mengenakan caj bagi setiap paket kecil sos cili yang diperolehi pelanggan dalam setiap pembelian hidangan seperti yang tular dalam media sosial, baru-baru ini.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, pihaknya sedang menyiasat berhubung dakwaan restoran makanan segera itu mengenakan caj bagi 10 paket sos cili yang dijual dekat salah sebuah restorannya.

“Kami akan memanggil pekerja dan pelanggan yang terlibat bagi mendengar penjelasan mereka berhubung kes berkenaan.

“Buat masa ini, kami tidak mahu komen lanjut kerana ia masih dalam proses siasatan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen Kali Ke-4 Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia, hari ini.

Semalam, sebuah hantaran tular mendakwa cawangan restoran berkenaan didakwa mengenakan caj RM1 untuk sepaket sos cili yang menyebabkan pelanggan terbabit dikehendaki membayar sejumlah RM10.60 termasuk cukai kerana meminta 10 paket sos cili.

Berang dengan tindakan pekerja restoran tersebut, beliau kemudian memuat naik resit pembelian sos tersebut ke dalam media sosial.

Dalam pada itu, Azmir menegaskan, McDonald’s Malaysia tidak pernah mengenakan sebarang caj kepada pelanggan yang meminta sos paket, kecuali sos khas barbeque dan sos masam manis yang dimakan bersama nugget.

“Kami tidak jual sos cili, tetapi pelanggan berpada-padalah juga (minta paket sos), takkanlah minta sampai 20 paket sos cili (dalam satu masa). Tetapi kadang-kadang kes ini berlaku dan anda jangan terkejut,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya