Malek Razak Panglima 5 Divisyen Sabah baharu

Malek Razak Panglima 5 Divisyen Sabah baharu

MALEK Razak Sulaiman (kanan) dan Abdul Rahman A. Wahab semasa majlis serah terima tugas yang disaksikan Mohd. Sofi Md Lepi di Markas Kelima Divisyen Infantri di Putatan hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTATAN: Mejar Jeneral Malek Razak Sulaiman mengambil alih tugas sebagai Panglima 5 Divisyen Sabah yang baharu menggantikan Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman A. Wahab.

Mjalis serah terima tugas Panglima 5 Divisyen itu diadakan di Padang Kawad Rejimen Keenam Artileri DiRaja di Markas Divisyen Kelima Infantri (5 Divisyen) hari ini.

Acara dimulakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa disaksikan oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Sofi Md Lepi.

Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 5 Divisyen ini terdiri daripada empat Detasmen melibatkan seramai 15 Pegawai dan 357 anggota diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Kelapan Rejimen Sempadan, Leftenan Kolonel Alias Ismail.

Pancaragam yang mengiringi perbarisan ini adalah daripada gabungan Rejimen Askar Melayu Diraja dibawah Pimpinan Dram Mejor, Sarjan Mohammad Shahril Saharudin.

Hadir sama adalah Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Hassan Embong, Panglima Lima Briged, Brigedier Jeneral Mohd. Sobirin Mohd Yusof, Panglima 13 Briged, Briged Jeneral Hashim Osman serta pegawai-pegawai kanan Tentera Darat. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya