BUKIT MERTAJAM: Penduduk Kampung Kuala Juru di sini membantah cadangan projek kolam ternakan udang yang didakwa akan dibangunkan di atas tanah yang sepatutnya dijadikan penempatan rumah nelayan. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Kuala Juru, Wahid Othman berkata, projek perumahan itu yang telah tertangguh sejak 25 tahun lalu turut menimbulkan persoalan sekali gus menggesa pihak berwajib memberi penjelasan. Dakwanya, tanah seluas hampir 11 hektar itu adalah satu-satunya tapak yang dijanjikan kerajaan menerusi LKIM untuk dijadikan penempatan nelayan seperti yang termaktub dalam minit mesyuarat Jawatankuasa Projek Penempatan Perumahan Nelayan pada 15 Oktober 1998.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya