PETALING JAYA: Polis sedang mengesan lima suspek termasuk abang ipar seorang wanita yang dipercayai dirogol bergilir-gilir dalam kejadian di sebuah rumah di Wangsa Maju dekat sini semalam. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, pihaknya sedang mengesan kelima-lima suspek yang dipercayai melarikan diri selepas mangsa berusia 27 tahun itu membuat laporan polis. Katanya, ketika kejadian, kakak…