Lelaki diberkas bantu kes tembak depan kedai - Utusan Malaysia

Lelaki diberkas bantu kes tembak depan kedai

S. VIJAYA RAO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang lelaki diberkas bagi membantu siasatan kes seorang individu maut ditembak di hadapan premis kedai di Jalan Hamzah Alang, Kapar di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan pihaknya di sekitar Kapar, kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

“Usaha mengesan suspek-suspek lain masih sedang giat dijalankan ketika ini. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya hari ini.

Tambahnya, motif sebenar kejadian itu masih disiasat pihaknya, justeru beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara atau balai bolis berhampiran.

Utusan Malaysia semalam melaporkan kejadian melibatkan lelaki berusia 36 tahun itu disedari orang awam yang terdengar beberapa das tembakan dan kemalangan kecil.

Polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kira-kira pukul 10.35 malam dan kes itu berlaku di hadapan kawasan rumah kedai dua tingkat.

Siasatan mendapati mangsa memiliki 12 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah kekerasan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya