Kurang 24 jam ziarah kebumi cucu, nenek maut dalam kemalangan

Kurang 24 jam ziarah kebumi cucu, nenek maut dalam kemalangan

WARIS serta sanak saudara mangsa maut tiga wanita warga emas dalam kemalangan di Kilometer 167, Johor Bahru-Seremban, Segamat menanti penuh sabar di ruang legar Jabatan Forensik Hospital Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Seorang nenek maut bersama dua lagi ahli keluarga dalam kemalangan di Kilometer 167, Johor Bahru-Seremban, Segamat kurang 24 jam selepas menziarahi majlis pengebumian cucunya petang semalam.

Menurut Ambok Salingkek Abdul Fatah, 69, ibunya, Indok Akok Dg Sitakak, 89, serta adik perempuannya, Tahallah Abd. Fatah, 62, datang ke rumahnya di Felda Pemanis untuk majlis pengebumian anaknya.

“Mereka dalam perjalanan pulang dari Felda Pemanis, Segamat selepas asar menziarahi majlis pengebumian anak saya. Saya tidak sangka ibu, adik saya serta saudara-mara yang lain terlibat dalam kemalangan itu.

“Lebih menyedihkan lagi, tiga ahli keluarga meninggal dunia sekelip mata dan tujuh lagi saudara-mara saya turut cedera selepas saya baru sahaja kehilangan anak saya,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS).

Dua lagi mangsa warga emas yang maut selain Indok Akok adalah Tahallah dan Fatimah Ismail, 66, yang juga merupakan ibu saudara kepada Ambok Salingkek.

Tujuh lagi mangsa di dalam Perodua Alza yang sama adalah Mohamad Razip Mohamed, 30; Sharifah Wartiti, 38; Nuramalina Mohd. Najib, 28; Siti Aishah, 13; Sarah Aqilah, 5; Anaki, 4 dan Aira Amanda, 1 tahun. Ke semua mereka sedang menerima rawatan di Hospital Segamat.

Bagi Ambok Salingkek, dia sedih dengan kejadian yang berlaku namun reda dengan ketentuan Ilahi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN